Personaliti Jingga Menurut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpersonaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran . Kunci utama personaliti Jingga ialah suka mengembara . PROVEN. Hari ini sangat kelam-kabut, banyak sangat benda untuk diuruskan hingga kunci bilik kolej lupa dipulangkan dan terus dibawa pulang ke rumah. Habislah kau, Bashtiah. Pasti pakcik kolej yang bermuka bengis dan berkaca mata itu akan memarahi dikau. Itula... Sangat tergopoh-gapah. Selesai peperiksaan pukul 12 tengahari, tetapi harus menjawab satu ujian Event Management yang tertunggak sejak sekian lama pada pukul 2. 30 petang akibat tamak mahu mengambil subjek BEL pa...