Bebelan Hari Terakhir Semester Dua

Personaliti Jingga
Menurut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpersonaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kunci utama personaliti Jingga ialah suka mengembara.

PROVEN.

Hari ini sangat kelam-kabut, banyak sangat benda untuk diuruskan hingga kunci bilik kolej lupa dipulangkan dan terus dibawa pulang ke rumah. Habislah kau, Bashtiah. Pasti pakcik kolej yang bermuka bengis dan berkaca mata itu akan memarahi dikau. Itula... Sangat tergopoh-gapah. Selesai peperiksaan pukul 12 tengahari, tetapi harus menjawab satu ujian Event Management yang tertunggak sejak sekian lama pada pukul 2. 30 petang akibat tamak mahu mengambil subjek BEL pada semester ini yang sepatutnya diambil ketika semester empat. Akibat daripada tindakan itu, kelas BEL dan kelas Event Management sentiasa bertembung masa. Itulah, padan muka.

Terbukti teori oleh Sidek Mohd Noah mengenai manusia berpersonaliti Jingga ini betul.
Sangat tergopoh-gapah. Harus memulangkan buku yang dipinjam di PTAR, menjawab ujian di Kolej Jati, menghantar laporan program, mengambil sijil dari pejabat fakulti, dan pada masa yang sama ibuku sedang menungguku untuk menjemputku pulang. Ini semua kerja last minute.
Jadi aku berjanji, no more last minute last minute thingy~

Sudah kuhantarkan hampir kesemua baranganku pulang ke rumah semalam. Sudah kurencanakan untuk pulang dengan bas hari ini. Namun mendengarkan berita kurang enak mengenai kes simbahan asid sewenang-wenangnya ke atas para wanita di jalanan terus membuatkanku gusar untuk pulang ke rumah bersendirian.

Sudah kukemaskan semua baranganku semalam... Kecuali sebuah penyidai tudung. Tidak kusangka banyak juga koleksi selendangku. Dan ianya menyebabkan bagasiku penuh. Ya, sangat penuh dan padat.

Oh.
Kerana ibuku datang menjemputku dengan rakannya jadi haruslah aku bersopan untuk tidak mengarah-arahkan beliau kesana kemari. Jadi aku hanya ke Kolej Jati.

Dan sekarang kunci bilik kolej itu masih ada dalam simpananku walaupun sekarang aku berada di rumah.
Esok aku harus memulangkannya.

ITU PASTI.

Ini rakan sekelasku untuk semester ini. Tolonglah, semester depan jangan ada yang berhenti ya!

Oh. Hari ini selesailah peperiksaan akhir semester. Tadi peperiksaan mata pelajaran Event Management di Fakulti Undang-Undang. Oh. Terjumpa dengan stranger itu lagi.

* * * * *

Bila menulis dalam Bahasa Melayu terasa seperti sedang menulis puisi, entah kenapa. Catatan kali ini, ya, memang merupakan satu catatan seperti catatan di dalam sebuah diari. Ya, online diary mereka kata. Tapi online public diary kataku.

Comments

Popular Posts